Maaf kerana sudah lama jua blog ini tidak diisi dengan pelbagai cerita. Semester ini sedang melabuhkan tirainya dan hanya dianggarkan dalam 2 bulan sahaja lagi untuk memasuki semester baru. Maka dengan itu, para pelajar sedang sibuk membuat pecutan dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Bagi diriku, ianya sedikit sebanyak pastinya memberikan cabaran bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang diperolehi pada semester ini untuk dicurahkan waktu peperiksaan akhir. Namun demikian, cuti pertengahan semester yang akan bermula hujung minggu ini memberikan aku sedikit kegembiraan untuk pulang ke kampung halaman. Mungkin cuti ini akan digunakan sebaiknya bagi mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakan dari institusi pengajian tinggi lain untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Tidak ketinggalan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadual atau tentatif program semasa cuti telah diatur, sudah semestinya aku sangat berkeinginan untuk pergi memancing bagi melepaskan rasa rinduku terhadap lautan dan sungai..wahhhh...
No comments:
Post a Comment