/ October 25, 2016
assalamualaikum dan selamat malam semua.....blog ini sekali lagi bersarang semula tanpa sebarang entri-entri baharu untuk disajikan kepada semua...maklumlah sangat sibuk untuk menyiapkan tugasan. Cuma saya nak bertanya dan minta pandangan semua,kalau ada apa2 yang boleh dikongsikan boleh komen di posting saya ini. mungkin dengan cara ini kita semua boleh berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran...ok selamat
assalamualaikum dan selamat malam semua.....blog ini sekali lagi bersarang semula tanpa sebarang entri-entri baharu untuk disajikan kepada semua...maklumlah sangat sibuk untuk menyiapkan tugasan. Cuma saya nak bertanya dan minta pandangan semua,kalau ada apa2 yang boleh dikongsikan boleh komen di posting saya ini. mungkin dengan cara ini kita semua boleh berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran...ok selamat
Continue Reading
Maaf kerana sudah lama jua blog ini tidak diisi dengan pelbagai cerita. Semester ini sedang melabuhkan tirainya dan hanya dianggarkan dalam 2 bulan sahaja lagi untuk memasuki semester baru. Maka dengan itu, para pelajar sedang sibuk membuat pecutan dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Bagi diriku, ianya sedikit sebanyak pastinya memberikan cabaran bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang diperolehi pada semester ini untuk dicurahkan waktu peperiksaan akhir. Namun demikian, cuti pertengahan semester yang akan bermula hujung minggu ini memberikan aku sedikit kegembiraan untuk pulang ke kampung halaman. Mungkin cuti ini akan digunakan sebaiknya bagi mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakan dari institusi pengajian tinggi lain untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Tidak ketinggalan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadual atau tentatif program semasa cuti telah diatur, sudah semestinya aku sangat berkeinginan untuk pergi memancing bagi melepaskan rasa rinduku terhadap lautan dan sungai..wahhhh...
by on November 02, 2015
Maaf kerana sudah lama jua blog ini tidak diisi dengan pelbagai cerita. Semester ini sedang melabuhkan tirainya dan hanya dianggarkan dalam ...
Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca..
Agak lama juga tidak berkesempatan menulis tentang perkara-perkara baharu dalam catatan saya ini. Maklumlah, sedang sibuk dalam pelbagai hal termasuk apabila bergelar sebagai seorang pelajar. Masa banyak dihabiskan di hadapan komputer menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kadang kala, wujudnya sedikit tekanan dalam diri menghadapi cabaran ini. Namun jika difikirkan semula, ini adalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang terpaksa memikul tugas dan memegang amanah yang diberikan. Bukannya untuk orang lain sebaliknya untuk diri sendiri dan juga keluarga.


by on October 13, 2015
Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca.. Agak lama juga tidak berkesempatan menulis tentang perkara-perkara baharu dalam catatan saya ini. M...
Kehidupan sebagai seorang pelajar betul-betul memberi cabaran besar terhadap diriku. Keperitan dalam menuntut ilmu benar-benar memberikan motivasi untuk terus kuat menghadapi dugaan. Tambahan pula, berasal dari keluarga yang yang kurang berkemampuan memberi tekanan dalam diri. Aku kadangkala turut berfikir sama ada untuk berhenti belajar untuk bekerja bagi membantu keluarga mahupun teruskan apa yang telah aku mulakan.

Jauh dari sudut hati, pelajaran ku fikirkan juga amat penting bagi mencari pengalaman baharu. Aku berharap agar pilihan yang aku telah lakukan ini benar-benar memberi kepuasan terhadap diriku juga kepada keluarga.


by on September 07, 2015
Kehidupan sebagai seorang pelajar betul-betul memberi cabaran besar terhadap diriku. Keperitan dalam menuntut ilmu benar-benar memberikan mo...
Assalamualaikum, pertama kalinya blog ini dihasilkan bagi menggantikan blog terdahulu. Blog coretan kehidupan ditulis berkisarkan kehidupan penulis sendiri yang melalui pelbagai cabaran dan dugaan hidup. Insyaallah melalui blog ini, pelbagai entri-entri bermanfaat akan dikongsikan..
by on July 27, 2015
Assalamualaikum, pertama kalinya blog ini dihasilkan bagi menggantikan blog terdahulu. Blog coretan kehidupan ditulis berkisarkan kehidupan ...