Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca..
Agak lama juga tidak berkesempatan menulis tentang perkara-perkara baharu dalam catatan saya ini. Maklumlah, sedang sibuk dalam pelbagai hal termasuk apabila bergelar sebagai seorang pelajar. Masa banyak dihabiskan di hadapan komputer menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kadang kala, wujudnya sedikit tekanan dalam diri menghadapi cabaran ini. Namun jika difikirkan semula, ini adalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang terpaksa memikul tugas dan memegang amanah yang diberikan. Bukannya untuk orang lain sebaliknya untuk diri sendiri dan juga keluarga.


No comments:

Post a Comment